Wednesday 25 November 2015

Program sepanjang cuti sekolah

Memandangkan cuti sekolah dah start ni... maka saya percaya ramai ibu-bapa dah merancang pelbagai aktiviti untuk dipenuhkan oleh anak-anak.. untuk housewife macam saya ni bila anak2 dah start cuti.. saya pun seronok sekali sebab tak perlu nak kelam kabut waktu pagi nak siapkan anak2 untuk ke sekolah dan juga tak perlu susah2 fikir menu apa yang nak dimasak untuk breakfast anak2.. cuti sekolah makanya breakfast cari kat kedai la hahaha.. (seronok sambil buat lompat bintang) 

Berbalik kepada perancangan sepanjang cuti sekolah, saya dan suami dah planning dari awal lagi sebenarnya nak jalan2 sebabnya dari selepas sy selamat melahirkan anak yang ke 3.. kami jarang sangat dapat pergi berjalan2.. kalau ada pun dlm negeri kedah juga.. paling jauh pun ke seberang pulau (penang). kalau ke tempat yang jauh lebih kepada memenuhi jemputan kahwin sedara mara.

jadi kali ni suami dah plan nak bercuti n yang bestnya nak bawa mak ayah saya sekali. kemana destinasi percutian kami?? nanti kalau diizinkan Allah saya akan ceritakan ke mana destinasi yang kami akan pergi.

Selain nak pergi jalan2...  Pengisian rohani untuk anak2 sepanajang cuti ni sangat perlu dititikberatkan. bukan apa budak2 ni kalau kita biar dia main ja memang la dia seronok. jadi sepanjang cuti sekolah ni kena disiplinkan diri sendiri termasuk encik suami untuk konsisten mengajar anak2 kami Alquran.. memandang kami memng tak hantar mereka ke mana2 ustaz/ustazah untuk mengaji.. jadi kena la berusaha lebih sikit bila kita ajar sendiri ni. Anak2 pulak kalau dah mak ayah yg ajar baca tak sampai 5 ayat dah menguap. tegur lebih2 sikit mulalah nak menangis.. hailaaa anak... 

Sepanjang cuti ni banyak juga tengok banner2 dekat jalan untuk kem bistari solat lah.. kem anak soleh.. kem tahfiz dan macam2 lagi.. ada juga satu dua program yang mcm berkenan tapi belum bincang pun lagi dengan encik suami.. bukan apa suami kan banker hahaha..

Apa lagi ya aktiviti nak bagi depa2 ni buat ya.. haaa.. aktiviti wajib ialah balik kampung rumah tok dan tokwan.. kalau balik rumah tok/wan sebelah saya boleh naik basikal keliling rumah.. tapi kalau balik rumah tok/wan sebelah suami, anak2 memang takkan lepaskan peluang la untuk mandi sungai... nak nak lagi sungai tu memang airnya lalu bawah rumah saja... kalau duduk di beranda atas rumah, bila tunduk kebawah dah nampak ikan berenang2. siap boleh bagi makan dekat ikan2 tu dari atas beranda. tidur malam pulak memangakan ditemani dengan bunyi air mengalir sepanjang masa dari bawah rumah.. ditambah pulak dengan suasana sejuk... memang boleh buat kita tidur lena... maklumlah rumah mertua saya tu betul2 di kaki gunung jerai..

nak tepek gambar budak2 mandi sungai.. tapi malas pulak nak mencari external hard disk. (gambar semua ada dalam tu). nanti2 lah bila2 free boleh la tepek gambar barang sekeping dua..

Owhh ralit menaip.. sedar2 anak2 semua dah terbongkang depan tv.. jealous pulak tengok... nak join tidur lah dengan anak2.. nanti lain kali pulak sambung bercerita..gud nite... :) 

Tuesday 24 November 2015

Tiba-tiba rajin mengupdate blog

Assalamualaikum... owhhh terlalu lama rasanya tak update blog ni.. bukan takat dah bersawang, silap2 dah sama tahap mcm rumah hantu dah. dulu tak update sebab tak ada benda nak dikarang dan waktu tu jugak sarat mengandung anak ke3... kiranya tetap jengah blog tapi cuma buka utk intai2 aktiviti blogger2 lain.. maklumlah diri sendiri pun tak ada cerita best yang nak ditulis. jadinya baca cerita org lain sajalah... dulu2 suka sgt baca novel jadi bila masuk blog penulis2 novel boleh la layan novel online.. tapi sejak awal jun 2013, si kecil yg dibawak dlm perut selama 9 bulan dah menjengah dunia, aktiviti menjadi super sibuk . si kecik ni waktu awal kelahirannya sgt suka menangis.. sampai dekat 2 bulan asyik melayan karenahnya yg suka menangis tak tahu punca. habis tak jadi kerja sbb nak melayan sikecik ni.

Sekarang sikecik ni dah berusia 2 tahun setengah.. dan abg sulungnya pun tahun depan dah nak naik darjah 3, abg ngah pulak dah nak masuk darjah 1 tahun depan... pejam celik pejam celik rasa sekejap sgt... mcm baru je lepas operate utk lahirkan si kecik ni.

ni lah si kecil yang selalu menangis tu... 


dah besar dah budak yang suka menangis ni 

ni pulak abg long dgn abg ngah.. segak berbaju melayu di hari persandingan acu  

Membesarkan 3 hero sangat menguji tahap kesbaran.. Anak yg sulung sy seru  dia dengan paggilan abg ahmad.. suka membaca buku cerita dan main lego.. kalau dapat lego makan pun kadang2 lupa. anak no 2 pula saya seru dengan panggilan abg hai... tapi klu tgh marah keluar terus nama penuh akif haikal. yang ni pula apa2 aktiviti harian semua kena libatkan abgnya.. hatta nak mandi sebelum ke sekolah pun nak mandi dgn abg. klu abg tak ikut ckp dia mulalah nak menangis bagai.. haikal ni kurang sikit sifat suka membaca.. dia suka main lego ja. kadang kerja sekolah pun menangis2 nak suruh siapkan. tapi dia sangat menjaga adik kecik dia yg sorang tu.. pantang ada org usik nak ambil adik dia mula lah dia menangis tak ingat dunia. abg sulung terbalik sikit.. cool ja kalau ada org nak ambil adik dia.. tapi apapun peel dan gelagat mereka, merekalah pengisi kesunyian saya dirumah tatkala suami keluar bekerja... aktiviti menjadi penuh dengan tugas siapkan sarapan sebelum merka ke sekolah.. seterusnya hantar ke sekolah. Ahmad sekolahnya dekat sahaja dengan rumah lebih kurang dlm 800 meter.. tapi haikal ni tadikanya jauh sikit. 

lepas tugas menghantar kesekolah perlu balik ke rumah kemas rumah dan siapkan makan tengahari. tepat jam 12 tgh hari perlu ambil haikal di tadika dan terus kesekolah abgnya utk ambil abgnya yg habis sesi persekolahan pukul 12.45.. balik sekolah siapkan makanan dan boleh la rehat kejap sebelum mulakan sesi mengaja Al-quran utk ahmad dan iqra utk haikal.. rutin yang sama sepanjang hari persekolahan anak2. walaupun letih tapi puas hati... Alhamdulillah.. Allah bagi peluang utk sy besarkan anak2 dengan tangan sendiri...


okeylah.. nak solat maghrib dulu... harap2 lepas ni boleh menulis lagi... walaupun tak ada orang nak baca kisah saya dan anak2.. sekurang-kurangnya boleh menjadi satu kenangan untuk saya tunjukkan pada anak2 nanti...