Tuesday 7 July 2020

Ayam tandoori, chutney pudina & roti naan

Assalamualaikum.. hari ni 7 julai 2020 bersamaan 15 zulkaedah 1441h. Disebabkan saya  berpuasa hari ni, jadi mula la plan macam² nak makan.. padahal dr lepas raya hari tu dah azam nak diet balik sebab berat dah naik gara² pkp duduk rumah mkn tidur tanpa exercise πŸ˜…πŸ˜…. Okey plannya hari ni tak mau makan nasi, jadi sy bercadang nak buat ayam tandoori makan dgn roti naan bersama chutney pudina (favourite husband). Untuk resepi ayam tandoori dan chutney pudina (mint chutney) saya ambil dari fb resepi orang kampung kredit kpd: nurul hawa 

Untuk sesiapa yang menggemari atau nak mencuba buat sendiri ayam tandoori dan mint chutney, boleh la cuba resepi ni.

Ayam tandoori

BAHAN A:

*Setengah ekor ayam d basuh, klu potong 2 atau 4 better kelar kasar
*2 sudu makan minyak masak

BAHAN B:

1 sudu teh serbuk cili
sdikit garam garam
1 sudu makan jus lemon

BAHAN C:

3 sudu teh yogurt asli ( pekat)
1 sudu teh campuran pes halia bawang putih (3 ulas bawang putih dan 3cm halia yang dikisar lumat)
2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh pewarna merah

CARA MEMASAK:

1.Satukan bahan B hingga sebati dan lumurkan pada ayam. Pastikan sapu rata pada kelaran dan isi ayam keseluruhan. Perap seketika.
2. Dalam bekas berlainan, campur semua bahan C. Pastikan campuran pekat sedikit dan jangan tambah air.
3. Lumur campuran bahan C pada ayam. Masukkan 2 sudu makan minyak masak. paling kurang 2 jam sebelum dibakar.
4. Bakar ayam tandoori tadi pada suhu 230C selama 25-30 minit.

Semasa membakar, selepas 20 minit pertama, periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di permukaannya. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yang digunakan juga jenis ketuhar.

Angkat, sedia untuk dinikmati



ayam yang dah siap dilumur
kan dengan paste tandoori


Rupa ayam lepas dibakar & dipotong, maklumlah rakyat ramai nak makan πŸ˜‚


Chutney Pudina / Mint Chutney


Mint chutney


1cawan daun pudina 
1 cawan daun ketumbar 
3 tangkai cili hijau 
2 ulas bawang putih 
1 hiris halia 
1/2 sudu teh garam 
1 sudu besar jus lemon 
1 sudu teh gula 
3 sudu besar yogurt

Cara Membuat Chutney Pudina

Masukkan semua ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Sedia di hidangkan bersama ayam tandoori.
 * saya suka campurkan sedikit sos cili dalam mint chutney ni.. lebih sedap, rasa manis² pedas dgn aroma daun pudina..  πŸ˜‹πŸ˜‹

Roti Naan

Untuk resepi roti naan saya masih tak jumpa rasa yg betul² mcm restoran mamak nasi kandar, setakat ini resepi yang saya jumpa semua hampir sama.  Di bawah adalah reswpi roti naan yang saya ambil dari youtube

½ cawan air suam² kuku
1 sb yis kering
2 sb gula
(Larutkan kesemuanya tutup dan biarkan yis mengembang lebih kurang 10 minit)
3 cawan tepung gandum
½ sdt garam
2 sb susu tepung
3 sb yoghurt
3 sb minyak
¼ cawan air

Satukan semua bahan kering, masukkan yoghurt, minyak masak, gaulkan dan masukkan campuran yis yg sudah kembang tadi.. tambah air ikut keperluan. Uli doh sehingga lembut & tak lekat di tangan, rehatkan lebih kurang 30 minit. Apabila doh sudah naik sekali ganda tumbuk utk keluarkan angin dalam adunan, bentukkan doh dan canai. Kalau nak buat cheese nan, blh tambah cheese dia atas adunan yg siap dicanai dan tutup semula dgn adunan tepung dan canai sehingga mendapat saiz yg diingini. Bakar diatas pan. Setelah masak sapukan sedikit mentega diatas permukaan naan



Cheese naan






Monday 6 July 2020

Menikmati indahnya ciptaan tuhan

Hujung minggu lepas, seperti kebiasaan turn balik ziarah mak ayah di kampung.. sementara masih ada mak & ayah baliklah sekerap yg boleh. Kali ni balik tak sempat nak bermalam sbb banyak urusan yg perlu diselesaikan. Jadi kami balik pagi, sesampainya kami di rumah mak, aku terus masuk dapur siapkan makan tengah hari, anak² pulak sibuk keliling rumah kejar ayam n kucing.. klu budak² ni balik kucing² kat rumah mak semuanya behave saja, atau pun terus menghilangkan diri πŸ˜„πŸ˜„. Taktau lah kat mana depa ni sembunyi.. takut sungguh kucing² tu dgn budak² ni. Lps penat kejar ayam & kucing, mula la aktiviti tangkap anak ikan kat sungai..  seronok budak².. biarlah.. kalau kat rumah asyik mengadap youtube.. bila balik kampung ada jugak peluh yg keluar.

Tangkap anak ikan di sungai




Menu makan tengah hari kami

Lepas makan tengahari & solat takda apa aktiviti nak buat, mak mcm biasa akan terlelap depan tv dengann cucu²nya.. bila dah agak petang sikit baru ada idea muncul, ajak mak & ayah pi pantai tempat depa cari remis.. tempat ni agak jauh sikit dr rumah mak aku lebih kurang 15-20 minit jugak nak sampai. Pantai ni terletak di kawasan perkampungan sepanjang jln menghala ke tg dawai.  Seumur hidup, inilah kali pertama aku, suami dan anak² tau akan kewujudan tempat ni.. sedih huhuhu.. rupanya tempat ni sgt cantik.. cuma jln nk masuk tu agak jauh dan kereta tak dapat masuk sampai ke dalam disebabkan jalan mini tar yg sempit. Jadi aktiviti kami petang tu adalah ambik angin di pantai sambil tggu matahari hampir nk terbenam. Tak sempat tggu  matahari tu betul² terbenam sbb kena balik cepat  sebelum maghrib..









Cantik kan permandangan ni.. kalau ambik gambar kahwin kat sini mesti jadi lagi cantik... ini saja yang nak dikongsikan kali ni.. semoga aku rajin utk mengupdate blog lagi lps ni.. skrg ni rasa mcm dah tak ramai kan org gunakan blog sebagai medium utk share cerita, lagi ramai yg berminat utk jadi youtuber, share story di fb, update gambar di ig, buat thread di twitter.. apa²pun masing² dgn cara masing².. jumpa lagi.. annyeong μ•ˆλ…•.. πŸ‘‹πŸ‘‹

Sunday 5 July 2020

Juadah berbuka sepanjang 30 hari ramadan pkp


Tahun 2020 memang mencipta sejarah tersendiri bila seluruh dunia dilanda wabak covid 19 yg memaksa kebanyakan negara di dunia menjalankan perintah kawalan pergerakan (mco/rmo) & ada sesetengah negara terpaksa lockdown utk mengawal penyebaran covid 19 ni.. jadi tahun ni, inilah pertama kali merasai pengalaman berpuasa dalam fasa mco.. pergerakan terbatas.. tak bolrh balik berbuka dgn mak ayah di kampung.. nasib juga di penghujung ramadan bilamana covid di malaysia sudah agak terkawal, kerajaan telah melonggarkan pergerakan rakyatnya dari fasa pkp ke fasa pkpb (perintah kawalan pergerakan bersyarat) maka dapatlah balik ke kampung jenguk mak ayah.. 






























Mood raya masih ada walau dalam fasa pkpp


Kisahnya tiba² terasa nak belajar anyam ketupat.. seumur hidup mmg tak pernah buat ketupat nasi sebabnya org utara cuma buat ketupat palas, kalau nak makan ketupat nasik beli je yg adabi/ nona atau yg seangkatan dengannya.. so cerita bermula waktu balik rumah mak bulan lepas ketika sisa syawal masih ada, aku pusing keliling rumah untuk cari daun nyoq. Nasib baik jumpa jugak pucuk daun nyoq walaupun tak berapa panjang daunnya tapi aku try jugak nak buat.. mula² recall balik basic step ketupat sate yg aku belajar dgn sorang kawan waktu study di unimap dulu.. bila dah dapat step utk ketupat sate, aku mula buka youtube utk cari step anyam ketupat bawang, rupanya senang je.. basic sama macam ketupat sate cuma ada extra step sikit kena anyam. Bila dah dapat buat ketupat bawang, terus rasa confident nak try belajar ketupat jantung, bila tgk youtube mak aiii susah nau nk buat sebab bagi aku ketupat jantung ni banyak pusing², silap pusing memang tak jadi.. walaupun dah boleh buat, tapi bila esok kau nak buat semula tetap kena buka youtube jugak πŸ˜„πŸ˜„.. Akhirnya setelah gigih berusaha pandai jugak buat. So kesimpulannya tak ada benda yg tak boleh buat klu kita belajar.. utk ketupat palas pejam mata pun blh buat πŸ˜„πŸ˜„. Dalam family aku yang 3 orang adik beradik perempuan ni, cuma aku je yang pandai buat yang lagi 2 orang tu tau makan je..