Assalamualaikum... owhhh terlalu lama rasanya tak update blog ni.. bukan takat dah bersawang, silap2 dah sama tahap mcm rumah hantu dah. dulu tak update sebab tak ada benda nak dikarang dan waktu tu jugak sarat mengandung anak ke3... kiranya tetap jengah blog tapi cuma buka utk intai2 aktiviti blogger2 lain.. maklumlah diri sendiri pun tak ada cerita best yang nak ditulis. jadinya baca cerita org lain sajalah... dulu2 suka sgt baca novel jadi bila masuk blog penulis2 novel boleh la layan novel online.. tapi sejak awal jun 2013, si kecil yg dibawak dlm perut selama 9 bulan dah menjengah dunia, aktiviti menjadi super sibuk . si kecik ni waktu awal kelahirannya sgt suka menangis.. sampai dekat 2 bulan asyik melayan karenahnya yg suka menangis tak tahu punca. habis tak jadi kerja sbb nak melayan sikecik ni.
Sekarang sikecik ni dah berusia 2 tahun setengah.. dan abg sulungnya pun tahun depan dah nak naik darjah 3, abg ngah pulak dah nak masuk darjah 1 tahun depan... pejam celik pejam celik rasa sekejap sgt... mcm baru je lepas operate utk lahirkan si kecik ni.
okeylah.. nak solat maghrib dulu... harap2 lepas ni boleh menulis lagi... walaupun tak ada orang nak baca kisah saya dan anak2.. sekurang-kurangnya boleh menjadi satu kenangan untuk saya tunjukkan pada anak2 nanti...
Sekarang sikecik ni dah berusia 2 tahun setengah.. dan abg sulungnya pun tahun depan dah nak naik darjah 3, abg ngah pulak dah nak masuk darjah 1 tahun depan... pejam celik pejam celik rasa sekejap sgt... mcm baru je lepas operate utk lahirkan si kecik ni.
ni lah si kecil yang selalu menangis tu...
dah besar dah budak yang suka menangis ni
ni pulak abg long dgn abg ngah.. segak berbaju melayu di hari persandingan acu
Membesarkan 3 hero sangat menguji tahap kesbaran.. Anak yg sulung sy seru dia dengan paggilan abg ahmad.. suka membaca buku cerita dan main lego.. kalau dapat lego makan pun kadang2 lupa. anak no 2 pula saya seru dengan panggilan abg hai... tapi klu tgh marah keluar terus nama penuh akif haikal. yang ni pula apa2 aktiviti harian semua kena libatkan abgnya.. hatta nak mandi sebelum ke sekolah pun nak mandi dgn abg. klu abg tak ikut ckp dia mulalah nak menangis bagai.. haikal ni kurang sikit sifat suka membaca.. dia suka main lego ja. kadang kerja sekolah pun menangis2 nak suruh siapkan. tapi dia sangat menjaga adik kecik dia yg sorang tu.. pantang ada org usik nak ambil adik dia mula lah dia menangis tak ingat dunia. abg sulung terbalik sikit.. cool ja kalau ada org nak ambil adik dia.. tapi apapun peel dan gelagat mereka, merekalah pengisi kesunyian saya dirumah tatkala suami keluar bekerja... aktiviti menjadi penuh dengan tugas siapkan sarapan sebelum merka ke sekolah.. seterusnya hantar ke sekolah. Ahmad sekolahnya dekat sahaja dengan rumah lebih kurang dlm 800 meter.. tapi haikal ni tadikanya jauh sikit.
lepas tugas menghantar kesekolah perlu balik ke rumah kemas rumah dan siapkan makan tengahari. tepat jam 12 tgh hari perlu ambil haikal di tadika dan terus kesekolah abgnya utk ambil abgnya yg habis sesi persekolahan pukul 12.45.. balik sekolah siapkan makanan dan boleh la rehat kejap sebelum mulakan sesi mengaja Al-quran utk ahmad dan iqra utk haikal.. rutin yang sama sepanjang hari persekolahan anak2. walaupun letih tapi puas hati... Alhamdulillah.. Allah bagi peluang utk sy besarkan anak2 dengan tangan sendiri...


No comments:
Post a Comment