Monday 14 December 2015

Bil telefon melambung/kredit dipotong secara tiba-tiba

Pagi ni ingat nak bayar bil celcom.. lepas sms untuk check bil terasa mcm pelik.. ye lahh guna pakej celcom first basic38,  sepatutnya bill bulanan rm38 dengan 50 minit free call dan 50 free sms. kira campur gst semua adalah dlm rm40.30 macam tu.. untuk bulan ni minit berbual yang free tu mmg berbaki lagi 20 minit tak guna.. so mmg tak lebih limit dan tak ada overdue charge lah.. tapi bila cek bil kena dalam rm 54.70 macam tu.. terkejut jugak.. lebih rm14 kot dari yang sepatutnya. dok terfikir2 samada celcom ada tukar plan tanpa pengetahuan pelanggan ke? cek dekat website celcom, godek sana sini tengok itemized billing pun tak membantu.. takpa lah.. sabar sat.. tetiba ada msg masuk dekat hp dari no 22163 dan dekat msg tu tulis something macam untuk langgan gameloft dan msg tu dicaj rm4. haaa sudah.. takkan msg ni caj rm 4 kot.  cek balik bill celcom baru perasan dekat bil tu ada tertera bil semasa rm54.63 mcm tu lepas tu dekat bawah sikit tu ada tertera bil belum dicaj rm4.. lepas dah tengok bil tu terus godek2 dalam website celcom dan jumpa bahagian inquiry so terus buat report berkenaan sms yang kenakan caj rm4 tu.  sambil2 tu google2 jugak cara2 nk stop sms tu dan apa yang perlu dilakukan untuk halang sms2 macam tu dari masuk ke inbox kita. so terjumpalah cara di bawah ni, tak tahulah berkesan ke tidak... sebab saya tak sempat nak try lagi pihak celcom dah call saya balik dan bagi tau yang pihak mereka dah semak sms2 yang kenakan caj dalam bill saya. dan pihak celcom dah stopkan nombor tersebut dari hantar sms ke nombor saya. selain tu pihak celcom akan  buka report bagi pihak saya utk kes ni dan akan dapatkan balik refund berapa yang telah dicaj dalam bill saya setakat ini. harap semuanya berjalan dengan lancar...  bila nak dapat balik refund tu wallahua'lam.. dekat bawah ni saya sertakan langkah2 apa yang perlu kita buat seandainya bill / kredit telefon kita tiba2 hilang.. 
* tips ni saya ambil dari fb saudara Muaz Aag dan saya share di blog saya..(kredit to saudara Muaz Aag)  klik di sini

TIP KEDAPA ANDA PENGUNA HANDPHONE
Tiba-tiba hilang RM3 kredit dalam simcard?
atau line di charge RM3 tak tahu punca ...
Anda harus bertindak!!!CALL CARELINE MINTA Batalkan SMS/MMS Pihak ketiga (3rd party content provider).
JIKA TAK KREDIT akan di potong RM3 setiap minggu.
Tanpa anda membuat langganan.
BUKA JE SMS DARIPADA MEREKA terus aktif anda melangan atau terclick link email mereka kirimkan. BERBAHAYA!!MEREKA PENYAMUN BERLESEN!! gila kaya
Selalu SMS DARIPADA NOMBER 3XXXX.
Contoh>>
32775 - Puretech Northern Sdn Bhd (0355218531)
33886 - Everworks Solutions Sdn Bhd (0355218531)
33329 - Ezymobile International Sdn Bhd (0321633228)
33610 - Quick Access technology Sdn Bhd (0380805822)
33966 - Alpha Crossing Sdn Bhd (0379666699)
Banyak lagi sumber dari group scam SMS SCAM@Malaysia

COTOH SMS
"RM0.00. Successful registration. No subscription fee. Price: RM2.50/SMS. 30sms/Month .Renewal on 13/04/2014. To cancel, send STOP MUV to 37800."

SMS JER TERUS KITA DI CHARGE RM3 
>> Saya akan bantu anda untuk membuat laporan DI SKMM
Buat report jangan biarkan mereka mencuri di hukum. orang yang tidak bersalah. Banyangkan orang KG. yg tidak tahu apa2.?? berjuta mereka untung..

LANGKAH YANG HARUS ANDA BUAT

1) Call careline anda contoh CELCOM 1111/ MAXIS 121. 

2) Bagi tahu masalah KREDIT tiba-tiba hilang. 

3) Dia akan bantu untuk meng'STOP'kan langganan pihak ketiga (3rd party content provider).

4) LAPORKAN PADA SKMM DISINI

"cerita kredit selalu hilang dicuri pihak ketiga tanpa pengetahuan....."
 KES SAYA MASIH DI SIASAT OLEH SKMM !MOHON ADA TINDAKAN DIKENAKAN KEPADA PESALAH

5) RUJUK group ini ada yang pernah melaporkan kepada polis 
   Mendapat bayaran kembali daripada Celcom dan syarikat pencuri
GROUP FB TENTANG MASALAH INI>>

PERKEMBAGAN KES SAYA
1) BULAN 1 /2014 STOP ALL SMS DARIPADA SEMUA COMPANY 33220 32688 DAN 39300.

2) 5/3/14 Buat laporan SKMM

3) 7/3/14 Celcom hantar SMS dibawah gambar rujukan.

4) Celcom Call dari number ini>> 0320359209 celcom. || 12/3/14 tak sempat angkat

5) Celcom call dari nombor yang sama. menyatakan company 32688 berhasrat memulangkan kembali Duit Sebanyak RM20|| 13/3/14

6) Ada call dari nombor campany tak sempat angkat 037875100.|| 13/3/14 google nomner tu dapat tahu nomber company

7) Menunggu lagi 2 company...

8) MENERIMA RM50 rebet dari pada celcom!!!

CERITA SIKIT
Sebelum ni biasa le call careline aku marah-marah.
Aku cakap nak bawa kes ni pergi mahkamah.Relek jer dia jawab dekat aku " Ok tak de masalah bawa le  saya tak kisah"Saya tak rugi apa-apa2. syarikat yang tanggung ~Panas3~ 
SHARE SEBANYAK MUNGKIN!!!


semak syarikat mana yang duk curi duit disinihttp://www.consumerinfo.my/Mobile-Phones/Short-Code-Search.aspx 
SKMM TERIMA ADUAN
AUTO REPLY EMAILSKMM TERIMA ADUAN AUTO REPLY EMAIL

Tuesday 1 December 2015

Checklist sebelum Ke Hatyai


Hujung minggu ni husband dah planning nak bawa anak2 pergi bercuti.. tak jauh mana pun cume ke seberang sempadan utara nu je (Hatyai)... tapi memandangkan nak merentas sempadan malaysia untuk ke sana, jadi kena la buat sedikit checklist.. takut nanti ada perkara2 penting yang perlu dibawa tapi terlepas pandang kannn. okey untuk melepasi border sempadan Malaysia-Thai, ada beberapa perkara penting yang tak boleh kita ambik mudah.. kat bawah ni adalah senarai yang perlu dilakukan/disediakan sebelum ke Hatyai/Thailand ;


  • Passport /Border pass (untuk wilayah2 tertentu di bahagian selatan Thai sahaja).Untuk sesiapa yang lahir @ mempunyai kad pengenalan yang beralamat di negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Perlis, Kedah,Kelantan dan perak (bahagian tertentu sahaja kalau tak silap) terdapat kemudahan dimana mereka boleh memasuki Thailand dengan hanya menggunakan Border pass sahaja untuk ke wilayah2 tertentu di bahagian selatan Thai seperti Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani dan tempoh tinggal di sana adalah tidak melebihi 30 hari. Bagi negeri2 lain perlu menggunakan passport. Harga untuk border pass adalah rm10 untuk tempoh 1 tahun. dokumen2 yang diperlukan untuk membuat border pass adalah kad pengenalan asal dan fotostat, sekeping gambar berukuran passport dengan latar belakang putih, dan untuk kanak2 12 tahun ke bawah perlu bawa sijil kelahiran asli dan salinan fotostat dan untuk kos untuk membuat passport adalah rm200
    Border Pass


  • Untuk mereka yang memilih untuk memasuki Thailand menggunakan kenderaan sendiri, terlebih dahulu perlu untuk membeli insurans kederaan untuk memasuki thailand. Insuran kenderaan ini boleh dibuat di mana2 kedai insurans yang terdapat di pintu2 masuk sempadan. kalau di kedah boleh buat di bukit kayu hitam dan setahu saya terdapat 1 kedai di RnR Gurun arah utara (dalam stesen minyak Caltex) juga menawarkan  perkhidmatan insurans untuk kenderaan memasuki thailand. Bila dah sampai di border imigresen thailand, jangan lupa untuk ambil vehicle/ car declaration form di pejabat imigresen thailand (sama dengan tempat kita ambil white card. borang ni penting untuk kita nak declare kenderaan kita sebelum masuk thailand. lepas isi bagi lengkap serahkan pada pihak imigresen waktu kita nak cop borderpass dan white card tu. kalau agak2 tak tahu nak isi boleh je upah orang untuk isi.cuma serahkan copy geran dan borang declaration tu sekejap je diorang isi dah siap.. untuk car declaration form ni diorang caj rm5 macam tu.
Insurans kenderaan
Vehicle/ car declaration form

Vehicle/ car declaration form        


  • White card ni macam kad kebenaran untuk kita masuk ke thailand. kad ni ada jual di kedai2 yang jual insurans kenderaan nak masuk ke thailand. White card ni tak beli pun tak apa sebab bila dah masuk ke imigresen Thailand, pihak imigresen Thailand akan bagi white card secara percuma untuk kita isi. white card ni ada 2 bahagian satu bahagian departure dan 1 lagi bahagian arrival. dua2 bahagian ni kita kena isi bagi lengkap dan pihak imigresen thailand akan ambil ambil untuk simpanan mereka untuk bahagian departure, nanti bila time kita nak masuk malaysia balik baru pihak imigresen thailand akan ambik lagi 1 bahagian iaitu bahagian arrival. so sepanjang kat thailand white card yg bahagian arrival tu kita kena kepilkan bersama borderpass/ passport kita. jgn hilangkan pulak.

white card 


  • bagi yang bercadang untuk memasuki Thailand dan bermalam di sana. adalah digalakkan untuk membuat tempahan hotel terlebih dahulu melalu Agoda/booking.com dan sebagainya sebelum ke sana.. bukan apa takut kalau dah sampai sana tapi hotel tak book lagi susah pulak tambah2 musim cuti sekolah kebanyakan hotel penuh. kalau main terjah nanti harga pun mahal berganda lah..

  • Sebelum masuk sempadan kita biasanya akan buat tukaran matawang dari RM ke baht. Memandangkan ringgit Malaysia dalam keadaan tak satabil.. lebih baik kita sediakan wang yang dah ditukar ke baht secukupnya.. tapi kalau agak2 tak berani nak pegang cash banyak2, boleh je kalau nak draw dekat mesin ATM di sana... tapi make sure bank kita tu ada menyediakan service di sana. setakat yg saya tahu, terdapat banyak mesin ATM CIMB di sana.. boleh je tgk kat google map. Tapiiii... kalau kita memang planning tak nak bawa banyak cash dan dan draw duit kemudian, make sure kita aktifkan dulu kad ATM kita untuk penggunaan di luar negara sebelum kita keluar dari Malaysia. kalau tak aktifkan dulu tekan banyak kali pun memang tak keluar lah duit tu huhuhu... nak aktifkan kad tu senang je boleh buat di kaunter bank ataupun aktifkan di ATM mesin di Malaysia sahaja.. yang tu pandai2 godek la sendiri kat mesin tu... confirm jumpa. Andaikata kita terlupa nak aktifkan dulu kad ATM dan kita dah ada di Thailand, boleh je call Service centre dan minta diorang aktifkan.. tapi agak leceh la sebab procedur menjawab telefon dari operator tu makan masa yang panjang (rugi masa dan duit sbb nak call tu mahal maaa). Dengar macam... wahh!! senang la macam ni tak perlu la bawak cash banyak2 kan .. nanti kita draw la kat sana.. tapi sebenarnya ada keburukannya jugak... keburukannya setiap kali kita draw duit di luar negara, CIMB bank (Bank lain tak tahu) akan caj rm10 untuk setiap kali pengeluaran. banyakkk tu... rugi.. rugi...

  • jangan lupa untuk bawa universal adapter bila planning ke sana sebab wall socket kat sana tak sama bentuk macam dekat malaysia.. nanti kan tak pasal2 tak boleh nak charge handphone pulak.


  • Bagi nak memudahkan perjalanan kat sana kalau nak guna google map, for sure lah kena ada kemudahan internet. so kalau kat hotel maybe kita boleh guna wifi free, tapi tgh jalan2 mana nak cari connection internet? takkan nak on roaming yang bapak mahal tu kan?? so dicadangkan siapa2 yg nak senang belilah sim kad thailand sepanjang tempoh ada kat sana. sim kad ni boleh dibeli di mana2 seven E di sana.. tempat lain saya tak sure pulak. Sim kad yang biasa pelancong2 beli adalah happy tourist sim kad. harga saya tak pasti.. lebih kurang dlm 290 baht. klu duit kita dalam lingkungan rm30 lebih macam tu la harga dia.


  • Seeloknya sediakan juga ubat-ubatan yang asas sebelum ke sana seperti panadol, ubat demam untuk kanak2, ubat sakit perut dan lain2 yang dirasakan perlu. penting jugak ni sebab kita tak tau bila kita nak sakit. Klu kita nak dapatkan ubat dekat sana pun boleh tapi masalah bahasa mungkin akan menyukarkan kita untuk bagi explanation andai kita sakit. dekat thailand ni sangat sukar nak jumpa oarang yang boleh berbahasa inggeris. kalau ada pun sikit sangat jumlahnya, even simple english pun diorang kadang2 tak faham.. 
  • Bagi yang muslim, digalakkan bawalah spare mee segera/ biskut/ makanan ringan dari sini.. memang terdapat makanan halal di sana.. tapi in case kalau lapar tgh2 malam memang susah la nak cari kedai makan yang halal...
  • Selepas kita melepasi sempadan negara Thai, untuk langkah berjaga2 seeloknya kita fotostat borderpass/passport untuk simpanan kita sebab sesetengah hotel di Hatyai, pihak hotel akan ambil  passport / borderpass kita untuk disimpan sebagai jaminan. Jaminan untuk apa saya tak pasti pula. tapi bukan semua hotel memgamalkan polisi macam tu.. cuma sesetengah sahaja. cuma sebagai langkah berjaga2 elok kita fotostat untuk simpanan kita juga. mana lah tahu kalau2 kita ditahan pihak berkuasa di sana.. at least kita ada bukti untuk ditunjukkan.

Wednesday 25 November 2015

Program sepanjang cuti sekolah

Memandangkan cuti sekolah dah start ni... maka saya percaya ramai ibu-bapa dah merancang pelbagai aktiviti untuk dipenuhkan oleh anak-anak.. untuk housewife macam saya ni bila anak2 dah start cuti.. saya pun seronok sekali sebab tak perlu nak kelam kabut waktu pagi nak siapkan anak2 untuk ke sekolah dan juga tak perlu susah2 fikir menu apa yang nak dimasak untuk breakfast anak2.. cuti sekolah makanya breakfast cari kat kedai la hahaha.. (seronok sambil buat lompat bintang) 

Berbalik kepada perancangan sepanjang cuti sekolah, saya dan suami dah planning dari awal lagi sebenarnya nak jalan2 sebabnya dari selepas sy selamat melahirkan anak yang ke 3.. kami jarang sangat dapat pergi berjalan2.. kalau ada pun dlm negeri kedah juga.. paling jauh pun ke seberang pulau (penang). kalau ke tempat yang jauh lebih kepada memenuhi jemputan kahwin sedara mara.

jadi kali ni suami dah plan nak bercuti n yang bestnya nak bawa mak ayah saya sekali. kemana destinasi percutian kami?? nanti kalau diizinkan Allah saya akan ceritakan ke mana destinasi yang kami akan pergi.

Selain nak pergi jalan2...  Pengisian rohani untuk anak2 sepanajang cuti ni sangat perlu dititikberatkan. bukan apa budak2 ni kalau kita biar dia main ja memang la dia seronok. jadi sepanjang cuti sekolah ni kena disiplinkan diri sendiri termasuk encik suami untuk konsisten mengajar anak2 kami Alquran.. memandang kami memng tak hantar mereka ke mana2 ustaz/ustazah untuk mengaji.. jadi kena la berusaha lebih sikit bila kita ajar sendiri ni. Anak2 pulak kalau dah mak ayah yg ajar baca tak sampai 5 ayat dah menguap. tegur lebih2 sikit mulalah nak menangis.. hailaaa anak... 

Sepanjang cuti ni banyak juga tengok banner2 dekat jalan untuk kem bistari solat lah.. kem anak soleh.. kem tahfiz dan macam2 lagi.. ada juga satu dua program yang mcm berkenan tapi belum bincang pun lagi dengan encik suami.. bukan apa suami kan banker hahaha..

Apa lagi ya aktiviti nak bagi depa2 ni buat ya.. haaa.. aktiviti wajib ialah balik kampung rumah tok dan tokwan.. kalau balik rumah tok/wan sebelah saya boleh naik basikal keliling rumah.. tapi kalau balik rumah tok/wan sebelah suami, anak2 memang takkan lepaskan peluang la untuk mandi sungai... nak nak lagi sungai tu memang airnya lalu bawah rumah saja... kalau duduk di beranda atas rumah, bila tunduk kebawah dah nampak ikan berenang2. siap boleh bagi makan dekat ikan2 tu dari atas beranda. tidur malam pulak memangakan ditemani dengan bunyi air mengalir sepanjang masa dari bawah rumah.. ditambah pulak dengan suasana sejuk... memang boleh buat kita tidur lena... maklumlah rumah mertua saya tu betul2 di kaki gunung jerai..

nak tepek gambar budak2 mandi sungai.. tapi malas pulak nak mencari external hard disk. (gambar semua ada dalam tu). nanti2 lah bila2 free boleh la tepek gambar barang sekeping dua..

Owhh ralit menaip.. sedar2 anak2 semua dah terbongkang depan tv.. jealous pulak tengok... nak join tidur lah dengan anak2.. nanti lain kali pulak sambung bercerita..gud nite... :) 

Tuesday 24 November 2015

Tiba-tiba rajin mengupdate blog

Assalamualaikum... owhhh terlalu lama rasanya tak update blog ni.. bukan takat dah bersawang, silap2 dah sama tahap mcm rumah hantu dah. dulu tak update sebab tak ada benda nak dikarang dan waktu tu jugak sarat mengandung anak ke3... kiranya tetap jengah blog tapi cuma buka utk intai2 aktiviti blogger2 lain.. maklumlah diri sendiri pun tak ada cerita best yang nak ditulis. jadinya baca cerita org lain sajalah... dulu2 suka sgt baca novel jadi bila masuk blog penulis2 novel boleh la layan novel online.. tapi sejak awal jun 2013, si kecil yg dibawak dlm perut selama 9 bulan dah menjengah dunia, aktiviti menjadi super sibuk . si kecik ni waktu awal kelahirannya sgt suka menangis.. sampai dekat 2 bulan asyik melayan karenahnya yg suka menangis tak tahu punca. habis tak jadi kerja sbb nak melayan sikecik ni.

Sekarang sikecik ni dah berusia 2 tahun setengah.. dan abg sulungnya pun tahun depan dah nak naik darjah 3, abg ngah pulak dah nak masuk darjah 1 tahun depan... pejam celik pejam celik rasa sekejap sgt... mcm baru je lepas operate utk lahirkan si kecik ni.

ni lah si kecil yang selalu menangis tu... 


dah besar dah budak yang suka menangis ni 

ni pulak abg long dgn abg ngah.. segak berbaju melayu di hari persandingan acu  

Membesarkan 3 hero sangat menguji tahap kesbaran.. Anak yg sulung sy seru  dia dengan paggilan abg ahmad.. suka membaca buku cerita dan main lego.. kalau dapat lego makan pun kadang2 lupa. anak no 2 pula saya seru dengan panggilan abg hai... tapi klu tgh marah keluar terus nama penuh akif haikal. yang ni pula apa2 aktiviti harian semua kena libatkan abgnya.. hatta nak mandi sebelum ke sekolah pun nak mandi dgn abg. klu abg tak ikut ckp dia mulalah nak menangis bagai.. haikal ni kurang sikit sifat suka membaca.. dia suka main lego ja. kadang kerja sekolah pun menangis2 nak suruh siapkan. tapi dia sangat menjaga adik kecik dia yg sorang tu.. pantang ada org usik nak ambil adik dia mula lah dia menangis tak ingat dunia. abg sulung terbalik sikit.. cool ja kalau ada org nak ambil adik dia.. tapi apapun peel dan gelagat mereka, merekalah pengisi kesunyian saya dirumah tatkala suami keluar bekerja... aktiviti menjadi penuh dengan tugas siapkan sarapan sebelum merka ke sekolah.. seterusnya hantar ke sekolah. Ahmad sekolahnya dekat sahaja dengan rumah lebih kurang dlm 800 meter.. tapi haikal ni tadikanya jauh sikit. 

lepas tugas menghantar kesekolah perlu balik ke rumah kemas rumah dan siapkan makan tengahari. tepat jam 12 tgh hari perlu ambil haikal di tadika dan terus kesekolah abgnya utk ambil abgnya yg habis sesi persekolahan pukul 12.45.. balik sekolah siapkan makanan dan boleh la rehat kejap sebelum mulakan sesi mengaja Al-quran utk ahmad dan iqra utk haikal.. rutin yang sama sepanjang hari persekolahan anak2. walaupun letih tapi puas hati... Alhamdulillah.. Allah bagi peluang utk sy besarkan anak2 dengan tangan sendiri...


okeylah.. nak solat maghrib dulu... harap2 lepas ni boleh menulis lagi... walaupun tak ada orang nak baca kisah saya dan anak2.. sekurang-kurangnya boleh menjadi satu kenangan untuk saya tunjukkan pada anak2 nanti...