Tuesday, 1 December 2015

Checklist sebelum Ke Hatyai


Hujung minggu ni husband dah planning nak bawa anak2 pergi bercuti.. tak jauh mana pun cume ke seberang sempadan utara nu je (Hatyai)... tapi memandangkan nak merentas sempadan malaysia untuk ke sana, jadi kena la buat sedikit checklist.. takut nanti ada perkara2 penting yang perlu dibawa tapi terlepas pandang kannn. okey untuk melepasi border sempadan Malaysia-Thai, ada beberapa perkara penting yang tak boleh kita ambik mudah.. kat bawah ni adalah senarai yang perlu dilakukan/disediakan sebelum ke Hatyai/Thailand ;


  • Passport /Border pass (untuk wilayah2 tertentu di bahagian selatan Thai sahaja).Untuk sesiapa yang lahir @ mempunyai kad pengenalan yang beralamat di negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Perlis, Kedah,Kelantan dan perak (bahagian tertentu sahaja kalau tak silap) terdapat kemudahan dimana mereka boleh memasuki Thailand dengan hanya menggunakan Border pass sahaja untuk ke wilayah2 tertentu di bahagian selatan Thai seperti Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani dan tempoh tinggal di sana adalah tidak melebihi 30 hari. Bagi negeri2 lain perlu menggunakan passport. Harga untuk border pass adalah rm10 untuk tempoh 1 tahun. dokumen2 yang diperlukan untuk membuat border pass adalah kad pengenalan asal dan fotostat, sekeping gambar berukuran passport dengan latar belakang putih, dan untuk kanak2 12 tahun ke bawah perlu bawa sijil kelahiran asli dan salinan fotostat dan untuk kos untuk membuat passport adalah rm200
    Border Pass


  • Untuk mereka yang memilih untuk memasuki Thailand menggunakan kenderaan sendiri, terlebih dahulu perlu untuk membeli insurans kederaan untuk memasuki thailand. Insuran kenderaan ini boleh dibuat di mana2 kedai insurans yang terdapat di pintu2 masuk sempadan. kalau di kedah boleh buat di bukit kayu hitam dan setahu saya terdapat 1 kedai di RnR Gurun arah utara (dalam stesen minyak Caltex) juga menawarkan  perkhidmatan insurans untuk kenderaan memasuki thailand. Bila dah sampai di border imigresen thailand, jangan lupa untuk ambil vehicle/ car declaration form di pejabat imigresen thailand (sama dengan tempat kita ambil white card. borang ni penting untuk kita nak declare kenderaan kita sebelum masuk thailand. lepas isi bagi lengkap serahkan pada pihak imigresen waktu kita nak cop borderpass dan white card tu. kalau agak2 tak tahu nak isi boleh je upah orang untuk isi.cuma serahkan copy geran dan borang declaration tu sekejap je diorang isi dah siap.. untuk car declaration form ni diorang caj rm5 macam tu.
Insurans kenderaan
Vehicle/ car declaration form

Vehicle/ car declaration form        


  • White card ni macam kad kebenaran untuk kita masuk ke thailand. kad ni ada jual di kedai2 yang jual insurans kenderaan nak masuk ke thailand. White card ni tak beli pun tak apa sebab bila dah masuk ke imigresen Thailand, pihak imigresen Thailand akan bagi white card secara percuma untuk kita isi. white card ni ada 2 bahagian satu bahagian departure dan 1 lagi bahagian arrival. dua2 bahagian ni kita kena isi bagi lengkap dan pihak imigresen thailand akan ambil ambil untuk simpanan mereka untuk bahagian departure, nanti bila time kita nak masuk malaysia balik baru pihak imigresen thailand akan ambik lagi 1 bahagian iaitu bahagian arrival. so sepanjang kat thailand white card yg bahagian arrival tu kita kena kepilkan bersama borderpass/ passport kita. jgn hilangkan pulak.

white card 


  • bagi yang bercadang untuk memasuki Thailand dan bermalam di sana. adalah digalakkan untuk membuat tempahan hotel terlebih dahulu melalu Agoda/booking.com dan sebagainya sebelum ke sana.. bukan apa takut kalau dah sampai sana tapi hotel tak book lagi susah pulak tambah2 musim cuti sekolah kebanyakan hotel penuh. kalau main terjah nanti harga pun mahal berganda lah..

  • Sebelum masuk sempadan kita biasanya akan buat tukaran matawang dari RM ke baht. Memandangkan ringgit Malaysia dalam keadaan tak satabil.. lebih baik kita sediakan wang yang dah ditukar ke baht secukupnya.. tapi kalau agak2 tak berani nak pegang cash banyak2, boleh je kalau nak draw dekat mesin ATM di sana... tapi make sure bank kita tu ada menyediakan service di sana. setakat yg saya tahu, terdapat banyak mesin ATM CIMB di sana.. boleh je tgk kat google map. Tapiiii... kalau kita memang planning tak nak bawa banyak cash dan dan draw duit kemudian, make sure kita aktifkan dulu kad ATM kita untuk penggunaan di luar negara sebelum kita keluar dari Malaysia. kalau tak aktifkan dulu tekan banyak kali pun memang tak keluar lah duit tu huhuhu... nak aktifkan kad tu senang je boleh buat di kaunter bank ataupun aktifkan di ATM mesin di Malaysia sahaja.. yang tu pandai2 godek la sendiri kat mesin tu... confirm jumpa. Andaikata kita terlupa nak aktifkan dulu kad ATM dan kita dah ada di Thailand, boleh je call Service centre dan minta diorang aktifkan.. tapi agak leceh la sebab procedur menjawab telefon dari operator tu makan masa yang panjang (rugi masa dan duit sbb nak call tu mahal maaa). Dengar macam... wahh!! senang la macam ni tak perlu la bawak cash banyak2 kan .. nanti kita draw la kat sana.. tapi sebenarnya ada keburukannya jugak... keburukannya setiap kali kita draw duit di luar negara, CIMB bank (Bank lain tak tahu) akan caj rm10 untuk setiap kali pengeluaran. banyakkk tu... rugi.. rugi...

  • jangan lupa untuk bawa universal adapter bila planning ke sana sebab wall socket kat sana tak sama bentuk macam dekat malaysia.. nanti kan tak pasal2 tak boleh nak charge handphone pulak.


  • Bagi nak memudahkan perjalanan kat sana kalau nak guna google map, for sure lah kena ada kemudahan internet. so kalau kat hotel maybe kita boleh guna wifi free, tapi tgh jalan2 mana nak cari connection internet? takkan nak on roaming yang bapak mahal tu kan?? so dicadangkan siapa2 yg nak senang belilah sim kad thailand sepanjang tempoh ada kat sana. sim kad ni boleh dibeli di mana2 seven E di sana.. tempat lain saya tak sure pulak. Sim kad yang biasa pelancong2 beli adalah happy tourist sim kad. harga saya tak pasti.. lebih kurang dlm 290 baht. klu duit kita dalam lingkungan rm30 lebih macam tu la harga dia.


  • Seeloknya sediakan juga ubat-ubatan yang asas sebelum ke sana seperti panadol, ubat demam untuk kanak2, ubat sakit perut dan lain2 yang dirasakan perlu. penting jugak ni sebab kita tak tau bila kita nak sakit. Klu kita nak dapatkan ubat dekat sana pun boleh tapi masalah bahasa mungkin akan menyukarkan kita untuk bagi explanation andai kita sakit. dekat thailand ni sangat sukar nak jumpa oarang yang boleh berbahasa inggeris. kalau ada pun sikit sangat jumlahnya, even simple english pun diorang kadang2 tak faham.. 
  • Bagi yang muslim, digalakkan bawalah spare mee segera/ biskut/ makanan ringan dari sini.. memang terdapat makanan halal di sana.. tapi in case kalau lapar tgh2 malam memang susah la nak cari kedai makan yang halal...
  • Selepas kita melepasi sempadan negara Thai, untuk langkah berjaga2 seeloknya kita fotostat borderpass/passport untuk simpanan kita sebab sesetengah hotel di Hatyai, pihak hotel akan ambil  passport / borderpass kita untuk disimpan sebagai jaminan. Jaminan untuk apa saya tak pasti pula. tapi bukan semua hotel memgamalkan polisi macam tu.. cuma sesetengah sahaja. cuma sebagai langkah berjaga2 elok kita fotostat untuk simpanan kita juga. mana lah tahu kalau2 kita ditahan pihak berkuasa di sana.. at least kita ada bukti untuk ditunjukkan.

No comments:

Post a Comment