Saturday 20 October 2018

Trip ke Hatyai

Jumaat 4/12/15, perjalanan kami ke Hatyai bermula seawal jam 7.30 pagi di mana kami sekeluarga bertolak dari Sungai Petani menuju ke Bukit Kayu Hitam. Singgah sekejap di Taman Ria untuk sarapan pagi dan teruskan perjalanan. Masuk ke highway melalui plaza tol Sungai Petani Utara menuju terus ke Bukit Kayu Hitam. Memandangkan anak2 kami masih kecil jadi kami terpaksa berhenti di beberapa tempat untuk melunaskan apa yang patut. Ye lah.. budak2 kan.. sekejap2 nak kencing la.. nak itu lah nak ini lah.. kami sampai di pekan Changlun lebih kurang hampir pukul 10 pagi.. berhenti di stesen minyak untuk isi minyak bagi penuh tangki kereta.. maklumlah minyak thailand mahal dari malaysia kann. lepas isi minyak, terus ke imegresen Bukit Kayu Hitam untuk urusan cop borderpass. queue pagi tu agak panjang jugak memandangkan sekarang musim cuti sekolah, jadi memang ramai la rakyat malaysia nak berkunjung ke Thailand untuk makan angin. lepas cop border di imigresen bukit Kayu Hitam, kami teruskan perjalanan ke pos imigresen Thailand. jaraknya dalam 500 meter lebih kurang.. agak2 je ni haha.. dekat sini memang super sibuk... queue kereta/bas/van memang sangat panjang.. anak yang no 2 pulak cakap nak kencing.. alamak.. macammana nak buat ni?? last2 saya turun jalan kaki dengan anak untuk ke toilet.. nasib baik kedudukan kereta dengan pos imigresen dah dekat waktu tu.. dengan cuaca panas memang tak selesa. sampai di pos imigresen Thailand tu memang terkejut tengok orang tersangatlah ramai.. macam nak pi tengok sure heboh je ramainya...lepas uruskan anak, saya terus cari kereta suami dan minta dia pass kan border pass pada saya sebab saya nak beratur sementara suami pergi dapatkan parking. saya beratur dengan anak2 dan mak ayah saya dan suami pulak masuk ke ofis imigresen untuk ambil white card dan vehicle declaration form, unutk kami isi. nak isi ni pun satu hal jugak sebab kami ada sebatang pen je, borang nak isi ada 7 keping white card di mana sekeping white card ada 3 bahagian perlu di isi. so menulis sambil beratur. panas memang tak tahu nak cakap lah.. car declaration form kami upah orang isi je sebab tak faham sangat cara nak isi. caj yang dikenakan untuk isi form tu rm5. lepas dah cop borderpass semua kami berjaya melintasi sempadan lebih kurang jam 12.30 tgh hari waktu malaysia. fuhhh dekat 2 jam tersadai dekat imigrasen Thailand. di pekan danok perkara pertama yang kami buat adalah singgah seven E cari simkad thailand. bukan apa senang nak berhubung kalau ada internet..



Ini lah rupa pekan Danok.. sengaja  fokus dekat tiang eletrik tu nak tunjukkan trademark Thailand hihihi...

Lepas dapatkan simkad Thailand dengan bayaran 200 baht ( lebih kurang rm25duit Malaysia) kami bagi abang kedai tu setting siap2.. simkad tu. simkad ni boleh layari internet selama 7 hari dengan data 2.5 gb dan kelajuan internet 384kbps.. agak slow.. tapi lagi laju dari speed internet hotel depa.. lepas beli simkad, kami cari gerai makanan muslim dan beli makanan sikit sebelum teruskan perjalanan ke Hatyai. Dekat Danok ni makanan muslim memang banyak so tak payah risau kalau kelaparan. sepanjang perjalan hujan turun agak lebat.. lepas hujan dan reda, di peertengahan perjalan anatara danok dan Hatyai jalan agak jammed. lama jugak jammed lebuh kurang sejam.. sampai tak bergerak kereta, terfikir jugak mungkin ada road block kot.. tak pun ada accident barangkali. lepas sejam kereta dah mula bergerak.. dalam jarak 100 meter kami dapat llihat ada kereta merc warna hitam terbabas ke kiri jalan, rupa2nya bukan eksiden, tapi kereta tu terbabas sebab driver tu ditembak dalam jarak dekat menggunakan senjata M16. kesan peluru dekat cermin tu lebih dari 10 tembakan rasanya. Perasaan takut tu sikit sebanyak terasa la jugak.. tapi kami teruskan perjalanan macam biasa. rupa2nya mangsa yang ditembak tu warga negara Malaysia.. seorang businessman berbangsa cina dan berasal dari kedah. dapat tahu pun bila ceritakan kejadian tu pada family di malaysia. nak harapkan berita di thailand memang tak faham sebutir apa pun lah kann...



No comments:

Post a Comment