Monday 6 July 2020

Menikmati indahnya ciptaan tuhan

Hujung minggu lepas, seperti kebiasaan turn balik ziarah mak ayah di kampung.. sementara masih ada mak & ayah baliklah sekerap yg boleh. Kali ni balik tak sempat nak bermalam sbb banyak urusan yg perlu diselesaikan. Jadi kami balik pagi, sesampainya kami di rumah mak, aku terus masuk dapur siapkan makan tengah hari, anak² pulak sibuk keliling rumah kejar ayam n kucing.. klu budak² ni balik kucing² kat rumah mak semuanya behave saja, atau pun terus menghilangkan diri πŸ˜„πŸ˜„. Taktau lah kat mana depa ni sembunyi.. takut sungguh kucing² tu dgn budak² ni. Lps penat kejar ayam & kucing, mula la aktiviti tangkap anak ikan kat sungai..  seronok budak².. biarlah.. kalau kat rumah asyik mengadap youtube.. bila balik kampung ada jugak peluh yg keluar.

Tangkap anak ikan di sungai




Menu makan tengah hari kami

Lepas makan tengahari & solat takda apa aktiviti nak buat, mak mcm biasa akan terlelap depan tv dengann cucu²nya.. bila dah agak petang sikit baru ada idea muncul, ajak mak & ayah pi pantai tempat depa cari remis.. tempat ni agak jauh sikit dr rumah mak aku lebih kurang 15-20 minit jugak nak sampai. Pantai ni terletak di kawasan perkampungan sepanjang jln menghala ke tg dawai.  Seumur hidup, inilah kali pertama aku, suami dan anak² tau akan kewujudan tempat ni.. sedih huhuhu.. rupanya tempat ni sgt cantik.. cuma jln nk masuk tu agak jauh dan kereta tak dapat masuk sampai ke dalam disebabkan jalan mini tar yg sempit. Jadi aktiviti kami petang tu adalah ambik angin di pantai sambil tggu matahari hampir nk terbenam. Tak sempat tggu  matahari tu betul² terbenam sbb kena balik cepat  sebelum maghrib..









Cantik kan permandangan ni.. kalau ambik gambar kahwin kat sini mesti jadi lagi cantik... ini saja yang nak dikongsikan kali ni.. semoga aku rajin utk mengupdate blog lagi lps ni.. skrg ni rasa mcm dah tak ramai kan org gunakan blog sebagai medium utk share cerita, lagi ramai yg berminat utk jadi youtuber, share story di fb, update gambar di ig, buat thread di twitter.. apa²pun masing² dgn cara masing².. jumpa lagi.. annyeong μ•ˆλ…•.. πŸ‘‹πŸ‘‹

No comments:

Post a Comment