Tuesday 7 July 2020

Ayam tandoori, chutney pudina & roti naan

Assalamualaikum.. hari ni 7 julai 2020 bersamaan 15 zulkaedah 1441h. Disebabkan saya  berpuasa hari ni, jadi mula la plan macam² nak makan.. padahal dr lepas raya hari tu dah azam nak diet balik sebab berat dah naik gara² pkp duduk rumah mkn tidur tanpa exercise πŸ˜…πŸ˜…. Okey plannya hari ni tak mau makan nasi, jadi sy bercadang nak buat ayam tandoori makan dgn roti naan bersama chutney pudina (favourite husband). Untuk resepi ayam tandoori dan chutney pudina (mint chutney) saya ambil dari fb resepi orang kampung kredit kpd: nurul hawa 

Untuk sesiapa yang menggemari atau nak mencuba buat sendiri ayam tandoori dan mint chutney, boleh la cuba resepi ni.

Ayam tandoori

BAHAN A:

*Setengah ekor ayam d basuh, klu potong 2 atau 4 better kelar kasar
*2 sudu makan minyak masak

BAHAN B:

1 sudu teh serbuk cili
sdikit garam garam
1 sudu makan jus lemon

BAHAN C:

3 sudu teh yogurt asli ( pekat)
1 sudu teh campuran pes halia bawang putih (3 ulas bawang putih dan 3cm halia yang dikisar lumat)
2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh pewarna merah

CARA MEMASAK:

1.Satukan bahan B hingga sebati dan lumurkan pada ayam. Pastikan sapu rata pada kelaran dan isi ayam keseluruhan. Perap seketika.
2. Dalam bekas berlainan, campur semua bahan C. Pastikan campuran pekat sedikit dan jangan tambah air.
3. Lumur campuran bahan C pada ayam. Masukkan 2 sudu makan minyak masak. paling kurang 2 jam sebelum dibakar.
4. Bakar ayam tandoori tadi pada suhu 230C selama 25-30 minit.

Semasa membakar, selepas 20 minit pertama, periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di permukaannya. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yang digunakan juga jenis ketuhar.

Angkat, sedia untuk dinikmati



ayam yang dah siap dilumur
kan dengan paste tandoori


Rupa ayam lepas dibakar & dipotong, maklumlah rakyat ramai nak makan πŸ˜‚


Chutney Pudina / Mint Chutney


Mint chutney


1cawan daun pudina 
1 cawan daun ketumbar 
3 tangkai cili hijau 
2 ulas bawang putih 
1 hiris halia 
1/2 sudu teh garam 
1 sudu besar jus lemon 
1 sudu teh gula 
3 sudu besar yogurt

Cara Membuat Chutney Pudina

Masukkan semua ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Sedia di hidangkan bersama ayam tandoori.
 * saya suka campurkan sedikit sos cili dalam mint chutney ni.. lebih sedap, rasa manis² pedas dgn aroma daun pudina..  πŸ˜‹πŸ˜‹

Roti Naan

Untuk resepi roti naan saya masih tak jumpa rasa yg betul² mcm restoran mamak nasi kandar, setakat ini resepi yang saya jumpa semua hampir sama.  Di bawah adalah reswpi roti naan yang saya ambil dari youtube

½ cawan air suam² kuku
1 sb yis kering
2 sb gula
(Larutkan kesemuanya tutup dan biarkan yis mengembang lebih kurang 10 minit)
3 cawan tepung gandum
½ sdt garam
2 sb susu tepung
3 sb yoghurt
3 sb minyak
¼ cawan air

Satukan semua bahan kering, masukkan yoghurt, minyak masak, gaulkan dan masukkan campuran yis yg sudah kembang tadi.. tambah air ikut keperluan. Uli doh sehingga lembut & tak lekat di tangan, rehatkan lebih kurang 30 minit. Apabila doh sudah naik sekali ganda tumbuk utk keluarkan angin dalam adunan, bentukkan doh dan canai. Kalau nak buat cheese nan, blh tambah cheese dia atas adunan yg siap dicanai dan tutup semula dgn adunan tepung dan canai sehingga mendapat saiz yg diingini. Bakar diatas pan. Setelah masak sapukan sedikit mentega diatas permukaan naan



Cheese naan






No comments:

Post a Comment